WAQAF UNTUK PENCINTA AL QURAN DAN PENDIDIKAN
BERUNTUNG SIAPA YANG BERWAQAF UNTUK HUFFAZ AL QURAN
KERANA PAHALANYA AKAN TERUS DITULIS SAMPAI HARI KIAMAT
Allah berfirman dalam Al Quran, Surah Al Baqarah ayat 261
Maksudnya:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Hari ini kita dapat melihat begitu ramai orang berlumba-lumba untuk berwaqaf kepada institusi pondok dan anak-anak tahfiz kerana nak mengejar pahala yang besar disisi Allah. Telah ramai ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang berjaya menghafaz Al-Quran dan mempelajari kitab-kitab untuk berdakwah kepada orang ramai dan menyambung ke pengajian tinggi sehingga bergelar Doktor(PHD). Namun apa yang lebih merisaukan adalah, telah ramai Ulama-Ulama kita yang pergi meninggalkan kita tahun demi tahun.
(pelan pembangunan surau untuk pusat tahfiz)
Nama pengasas pusat tahfiz ini ialah Ustaz Haji Razali Bin Omar seorang bekas guru dan juga Imam Haji Ibrahim Bin Senik seorang imam dan guru agama di masjid. Haji Ibrahim telah mewaqafkan tanahnya untuk tujuan pembinaan tahfiz di tanah ini. Tetapi, disebabkan tanahnya selalu ditenggelami air kerana banjir, maka Ustaz Haji Razali telah mengambil keputusan untuk mewaqaf tanahnya sebanyak 2 ekar untuk mendirikan pusat tahfiz ini. Dan tanah Imam Haji Ibrahim diwaqafkan kepada pusat tahfiz dengan niat untuk membantu ekonomi pusat tahfiz ini.
(Ustaz Haji Razali bersalaman dengan Imam Haji Senik)
(Kelas mengaji dan solat hajat untuk tapak pembinaan pusat tahfiz)
Tujuan pembinaan tahfiz ini adalah untuk meramaikan lagi hafiz Al Quran daripada golongan asnaf, anak yatim, fakir dan miskin. Kami juga akan membantu golongan yang tidak mampu untuk menghantar anak ke sekolah supaya mereka semua ini boleh berjaya di masa hadapan dengan menghafaz Al Quran. Silibus pelajaran untuk fasa pertama adalah menggunakan buku Iqra dan Al Quran sahaja. Dan fasa kedua pula adalah tentang kemahiran hidup, pertanian, menjahit dan berkomputer. Jumlah pelajar yang bakal diterima adalah seramai 150 orang pelajar.
(Projek Pembinaan sedang dijalankan)
Projek pembinaan pusat tahfiz ini memerlukan kos sebanyak 3 Juta Ringgit secara keseluruhannya. Projek ini dijangka siap pada bulan Disember Tahun 2022. Oleh itu, sumbangan orang ramai amat kami perlukan kerana kami tidak menerima sumbangan secara tetap atau bulanan. Kami juga ada bernaung di bawah Akademi Tahfiz Al Islah, Putrajaya. Bagi siapa yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan secara peribadi boleh lah datang ke alamat Kampung Besul, Jerantut, Pahang. Semoga dengan sumbangan tuan puan ini akan lagi memberkati pusat tahfiz ini dan memudahkan segala urusan tuan puan.
Mereka ( Alim ulama ) telah mengorbankan kehidupan mereka untuk tugas yang mulia ini iaitu mendidik dan mengajar kembali masyarakat mengikut jalan yang betul menuju terus supaya berlaku taat dan bertaqwa kepada Allah swt.
Sesiapa bersama sama membantu mereka, maka Allah akan bersamanya dalam urusanya dan baginya pahala seperti orang yang mengajar dan belajar.
Oleh itu kami mengajak tuan puan didalam bulan yang Ramadan yang mulian ini untuk turut sama dalam usaha baik demi agama ini supaya masyarakat ummat islam semua kembali kepada Allah Jalla Jalaaluh.
KEPENTINGAN BERWAQAF
Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.
(Surah Al-Imran,92)
MASUK SYURGA DENGAN PINTU SEDEKAH
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
(Riwayat Al-Bukhari - 1897 dan Muslim - 1705)
MARILAH BERWAQAF, UNTUK IBU BAPA DAN DIRI SENDIRI
Jika anda nak terus berwaqaf
KERANA WAQAF BOLEH MENJAMIN MASA DEPAN ANDA DI AKHIRAT
Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.
Sila bacakan akad waqaf seperti dibawah :
" Saya dengan ini berwaqaf /menyumbang sebanyak ( Jumlah wang yang diwaqafkan ) atas nama ( niat waqaf atas nama siapa ) salurkan untuk kos pengurusan dan pembinaan Akademi Tahfiz Ar Razali kerana Allah swt "
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat dibawah dan boleh terus buat tranksaksi waqaf megikut kemampuan tuan puan yang ingin diberikan.
( Sekiranya anda menggunakan online transfer mohon jasa baik tulis " AR RAZALI " di bahagian
Reference Details/Payment Details.)